Friday, August 10, 2012

BertangguNgJawab terHadap Diri Sendiri

Assalammualaikum.. aku sekarang tengah dengar ceramah Dr. Muhaya tentang Sikap Bertanggungjawab.. Adakah aku ni seorang yg bertanggungjawab pada diri sendiri?macamana cara nak bertanggungjawab dgn diri? First kita kena check semula diri.. Ibadat diri kita kepada Allah.. tumpukan diri kepada Solat dulu coz Solat tiang agama dan lebih tinggi daripada perkara lain yg perlu kita lakukan.. Apabila solat dah kukuh Insya Allah kita dapat kawal segala problem yang lain sebab Solat itu cara kita mendekatkan diri kepada Allah dan Solat adalah Pintu segala kebaikan. Solat lebih penting dilakukan daripda memaksa diri menutup aurat atau berpuasa.. Bila hati dah dekat dan yakin dengan Allah automatik kita akan menutup aurat dan berbuat amal baik yang lain...kemudian cuba mencari ilmu dan berfikiran positif..pemikiran yang positif akan memberikan tenaga dan aura yang lebih baik dalam kehidupan kita..pemikiran yang negatif akan memberi impak yang buruk dalam diri kita..it's truth coz aku sentiasa pernah berfikir negatif sampai takut nak buat sesuatu..akan pk betol ke tak ape yg aku buat ni? manusia akan berubah bila ada ilmu..dalam Surah Al-Ma'un ayat 4 -5, "celakalah orang yang bersolat iaitu orang yang lalai dalam solat'.. jadi sekarang aku cuba untuk menjadi lebih baik n perbaiki solatku..Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat..Kemudian sebelum tidur kita kena ampunkan dosa orang lain coz bila dah ampunkan hati kita akan menjadi lebih tenang..ubah cara kita brfikir, ubah cara kita rasa dan ubah cara kita bertindak. hanya orang yang berbahagia dapat membahagiakan orang lain...sama-samalah kita berubah menjadi lebih baik..

No comments:

Post a Comment