Tuesday, December 10, 2013

Padanya Ada Hikmah

Syukur alhamdulillah.. hari2 ku semakin tenang, bahagia dan lapang.. seharusnya kita sebagai hamba Allah yang kerdil perlu sentiasa berdoa agar diberikan hati yang ikhlas untuk berdoa kepadaNya. Beberapa hari yang lepas, akal ini mula berfikir tentang setiap kejadian yan berlaku pada diri ini dan juga setiap peristiwa yang berlaku di sekelilingku. Segala Puji bagi Allah yang masih menyayangi diri ini dengan memberikan nasihat dan hidayah menerusi akal fikiran yang sentiasa mencari jawapan keatas kejadian yang berlaku. Dalam kesibukan gadis-gadis lain mencari pasangan dan teman-teman rapat mendirikan rumah tangga, Allah belum lagi mengizinkan aku untuk mendirikan rumah tangga pada masa ini kerana kini baru ku sedari bahawa banyak lagi perkara yang perlu dipelajari... Seandainya seseorang itu tidak ditakdirkan sebagai jodohku ia kerana orang lain lebih memerlukan jodoh tersebut. Mungkin aku mampu lagi menimba ilmu dan mengubah diri menjadi lebih baik dengan bantuan diri sendiri dan izin Allah. Berusaha mengubah diri menjadi lebih baik tanpa paksa@ sebab dari seseorang adalah lebih terasa nikmatnya dan merasa lebih kepuasan pada diri. diri menjadi lebih yakin untuk memandang setiap kejadian yang berlaku dengan minda yang positif. Akiatnya hidup menjadi lebih bermakna tanpa tekanan, tidak mudah sakit, yakin dengan ibadat yang dilakukan dan bertambah pengetahuan tentang kekurangan diri yang perlu diperbaiki.

Antara hikmah yang dapat diperolehi ialah
1) jika sebelum ini diri tak yakin nak melakukan solat istikoroh, solat sunat taubat dan solat tahajud tetapi sekrang Alhamdulillah hati dah bertambah yakin hendak ut solat sunat tersebut. Hati menjadi khusyuk je. kesilapan yang hendak dilakukan pun kurang.

2) Hati mudah menjadi lebih peka dengan perbuatan@perkataan yang tidak baik. contohnya kalau sebelum ini selalu bermesej@ berchatting tanpa faedah sekarang sudah dapat mengurangkan aktiviti tersebut dengan mengisi masa mendengar DVD ceramah agama dan membaca buku motivasi yang dapat mengingatkan kita ketika lupa.

3) yakin hutang yang dipinjam oleh orang lain maybe akan dibayar suatu hari nanti @ harta tersebut bukan milik kita @ Allah akan mengizinkan hutang tersebut dibayar di saat ketika kita lebih memerlukan samaada pada zaman kita muda, tua @ zaman anak cucu icit serta keturunan kita nanti.

4) yakin dengan jodoh yang Allah akan berikan suatu hari nanti adalah berdasarkan siapa diri kita sekarang. Kalau kita berusaha berubah diri menjadi baik InsyaAllah, Allah akan beri jodoh yang baik untuk kita. kalau kita tak berkesempatan mendirikan rumah tangga atau bertemu jodoh. yakinlah bahawa jodoh kita sudah menunggu dan tersedia di Syurga di sana nanti.