Showing posts with label hutang. Show all posts
Showing posts with label hutang. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Padanya Ada Hikmah

Syukur alhamdulillah.. hari2 ku semakin tenang, bahagia dan lapang.. seharusnya kita sebagai hamba Allah yang kerdil perlu sentiasa berdoa agar diberikan hati yang ikhlas untuk berdoa kepadaNya. Beberapa hari yang lepas, akal ini mula berfikir tentang setiap kejadian yan berlaku pada diri ini dan juga setiap peristiwa yang berlaku di sekelilingku. Segala Puji bagi Allah yang masih menyayangi diri ini dengan memberikan nasihat dan hidayah menerusi akal fikiran yang sentiasa mencari jawapan keatas kejadian yang berlaku. Dalam kesibukan gadis-gadis lain mencari pasangan dan teman-teman rapat mendirikan rumah tangga, Allah belum lagi mengizinkan aku untuk mendirikan rumah tangga pada masa ini kerana kini baru ku sedari bahawa banyak lagi perkara yang perlu dipelajari... Seandainya seseorang itu tidak ditakdirkan sebagai jodohku ia kerana orang lain lebih memerlukan jodoh tersebut. Mungkin aku mampu lagi menimba ilmu dan mengubah diri menjadi lebih baik dengan bantuan diri sendiri dan izin Allah. Berusaha mengubah diri menjadi lebih baik tanpa paksa@ sebab dari seseorang adalah lebih terasa nikmatnya dan merasa lebih kepuasan pada diri. diri menjadi lebih yakin untuk memandang setiap kejadian yang berlaku dengan minda yang positif. Akiatnya hidup menjadi lebih bermakna tanpa tekanan, tidak mudah sakit, yakin dengan ibadat yang dilakukan dan bertambah pengetahuan tentang kekurangan diri yang perlu diperbaiki.

Antara hikmah yang dapat diperolehi ialah
1) jika sebelum ini diri tak yakin nak melakukan solat istikoroh, solat sunat taubat dan solat tahajud tetapi sekrang Alhamdulillah hati dah bertambah yakin hendak ut solat sunat tersebut. Hati menjadi khusyuk je. kesilapan yang hendak dilakukan pun kurang.

2) Hati mudah menjadi lebih peka dengan perbuatan@perkataan yang tidak baik. contohnya kalau sebelum ini selalu bermesej@ berchatting tanpa faedah sekarang sudah dapat mengurangkan aktiviti tersebut dengan mengisi masa mendengar DVD ceramah agama dan membaca buku motivasi yang dapat mengingatkan kita ketika lupa.

3) yakin hutang yang dipinjam oleh orang lain maybe akan dibayar suatu hari nanti @ harta tersebut bukan milik kita @ Allah akan mengizinkan hutang tersebut dibayar di saat ketika kita lebih memerlukan samaada pada zaman kita muda, tua @ zaman anak cucu icit serta keturunan kita nanti.

4) yakin dengan jodoh yang Allah akan berikan suatu hari nanti adalah berdasarkan siapa diri kita sekarang. Kalau kita berusaha berubah diri menjadi baik InsyaAllah, Allah akan beri jodoh yang baik untuk kita. kalau kita tak berkesempatan mendirikan rumah tangga atau bertemu jodoh. yakinlah bahawa jodoh kita sudah menunggu dan tersedia di Syurga di sana nanti.

Saturday, March 31, 2012

cara nak buat bajet wang

Bila dah start berkerja ni macam-macam benda plan nak beli..tu time belajar nak beli benda mahal2 atau ape yang kita nak xboleh coz banyak pakai duit utk beli buku..bila dah keje ni lagi kuat kehendak seseorang..tambahan pulak  first time pegang duit banyak2 note rm100 banyak keping pula tu..isk2...duit2..ohh duit..so kat mana pulak saving untuk masa depan, untuk keperluan kawen dan umah tangga,,anak nak masuk and macam-macam lagi lah.

 
so step pertama yang aku buat ialah cari bahan @ pengetahuan tentang cara nak uruskan duit yang banyak2 tu terutama bila dapat duit gaji... macam mana korang nak tambah pengetahuan tentang duit tu senang jek..sue boleh cari kat internet sekarang..atau yang suka hard copy boleh beli buku2 kewangan dari beberapa penulis favorite yang aku paling minat ni Sunthara Segar dan Azizi Ali dan lain..kat bawah ni saya kongsi kan beberapa step untuk urus wang based dari bacaan saya..

7 langkah urus kewangan:

1) Tentukan kedudukan kewangan sekarang. iaitu sama ada nilai aset  bersih atau aliran tunai bersih (duit).  tak kira lah positif@negatif  asalkan kita tahu aset n aliran tunai kita ekarang..Positif bila Aset tolak liabiliti, Pendapatan tolak perbelanjaan...

2) Tetapkan matlamat kewangan sendiri lah..contohnyer nk setelkan hutang kad kredit ker..simpan duit tabung pendidikan anak sampai umar 17 tahun..modal perniagaan and so on..

3) Sediakan rancangan tujuan.sama ada pelan yang dirancang tu dapat mencapai matlamat kat step no 2 tak..pelan mestilah fleksibel, mudah cair (tabung bank untuk 3-6 bulan perbelanjaan harian) dan bijak cukai (minimumkan kos cukai).

4)Belajar Simpan rekod sendiri. rekod yang dimaksudkan seperti penyata pendapatan, penyata perbelanjaan dan penyata aliran tunai. rekod ni boleh tolong kita buat rujukan barang2 yang nak dibeli@ telah dibeli.kemana duit kita hilang boleh rujuk pada rekod yang ditulis tu.heheh so korang kena kumpul semua resit n bil2 yang ada simpan dalam sampul pun ok..buat fail jangka pendek, janka panjang..

5) Sediakan belanjawan..jarang orang buat belanjawan sebab malas nak tulis and agak leceh jek tapi sebenarnyer belanjawan tu sangatlah penti..belanjawan boleh tolong kita sebagai rujukan untuk kita buat Perancangan perbelanjaan. mesti korang dah sevey kat mana mana kedai yang jual barang paling murah kan..so rekod lah harga barang2..kalu nak senang tulis sekali dengan nama2 tempat atau kedai yang jual barang harga paling murah contoh kedai ! Malaysia..

6) Urus hutang-piutang. hutang lah benda yang paling banyak kita pikul sekarang ni..nak beli barang pun suka sangat kita berhutang walaupun benda kecil..aku pun sama..tapi alhamdulillah setakat ni tak da lagi pikul hutan2 besar cam pinjaman loan..Amin..Hutang ni ada macam2..hutang along, hutang bank, hutang Amanah, hutang baik, hutang buruk..bla2 bla2..hutang baik seperti pinjaman pelajaran, rumah dan perniagaan..hutang buruk macam pinjaman untuk barang yang mudah susut nilainya ikut masa.

7) Memantau prestasi kewangan sendiri sama ada ikut ape yang dirancang atau tidak..pendapatan melebihi perbelanjaan atau tidak..positif atau negatif..Adakah wawasan kewangan berubah disebabkan beberapa faktor seperti:
Perkahwinan, Anak, Kematian, penceraian, Oku, Keadaan Kesihatan, Pusaka, Persaraan,Berhenti@tukar kerja..

Hope apa yang aku tulis ni dapat di kongsi dengan sesape yang membaca lah..selamat mencuba untuk masa depn yang lebih cerah dan terjamin.. :) (**)