Showing posts with label ceria. Show all posts
Showing posts with label ceria. Show all posts

Friday, August 10, 2012

BertangguNgJawab terHadap Diri Sendiri

Assalammualaikum.. aku sekarang tengah dengar ceramah Dr. Muhaya tentang Sikap Bertanggungjawab.. Adakah aku ni seorang yg bertanggungjawab pada diri sendiri?macamana cara nak bertanggungjawab dgn diri? First kita kena check semula diri.. Ibadat diri kita kepada Allah.. tumpukan diri kepada Solat dulu coz Solat tiang agama dan lebih tinggi daripada perkara lain yg perlu kita lakukan.. Apabila solat dah kukuh Insya Allah kita dapat kawal segala problem yang lain sebab Solat itu cara kita mendekatkan diri kepada Allah dan Solat adalah Pintu segala kebaikan. Solat lebih penting dilakukan daripda memaksa diri menutup aurat atau berpuasa.. Bila hati dah dekat dan yakin dengan Allah automatik kita akan menutup aurat dan berbuat amal baik yang lain...kemudian cuba mencari ilmu dan berfikiran positif..pemikiran yang positif akan memberikan tenaga dan aura yang lebih baik dalam kehidupan kita..pemikiran yang negatif akan memberi impak yang buruk dalam diri kita..it's truth coz aku sentiasa pernah berfikir negatif sampai takut nak buat sesuatu..akan pk betol ke tak ape yg aku buat ni? manusia akan berubah bila ada ilmu..dalam Surah Al-Ma'un ayat 4 -5, "celakalah orang yang bersolat iaitu orang yang lalai dalam solat'.. jadi sekarang aku cuba untuk menjadi lebih baik n perbaiki solatku..Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat..Kemudian sebelum tidur kita kena ampunkan dosa orang lain coz bila dah ampunkan hati kita akan menjadi lebih tenang..ubah cara kita brfikir, ubah cara kita rasa dan ubah cara kita bertindak. hanya orang yang berbahagia dapat membahagiakan orang lain...sama-samalah kita berubah menjadi lebih baik..

Saturday, April 21, 2012

Petua UnTuk CeriA

Alhamdulillah hari-hari hati makin ceria, badan makin sihat dan cergas..masalah pun makin kurang..kat sini saya nak kongsi beberapa petua untuk menghadapi harian kita dengan cara yang happy good Lucky...hehehe senyum sokmo yer..ini semua based kepada petua Dato Dr Fadzilah kamsah yek..

  1. Patuhi perintah Allah
  2. berdoa untuk ceria
  3. memaafkan semua orang sebelum tidur.
  4. senyum dan berdoa selepas bangun tidur
  5. programkan minda/matlamat before tidor
  6. memakai pakaian dari warna yang sesuai
  7. membuat kerja sebaik mungkin dengan ikhlas
  8. menggembirakan orang lain.
  9. menjaga kesihatan
  10. mencari strategi untuk ceria
  11. jangan cepat risau akan sesuatu masalah kecil/besar
  12. selaraskan matlamat
  13. memupuk persahabatan
  14. menerima diri seadanya tanpa syarat
  15. buka minda untuk matlamat baru
  16. berfikiran positif bagi sesuatu perkara yang tidak pasti..jangan buruk sangka/berprasangka
  17. rutin harian yang fleksibel.
  18. cakap dan buat, jangan hanya cakap saja tapi tak buat..