Saturday, March 31, 2012

cara nak buat bajet wang

Bila dah start berkerja ni macam-macam benda plan nak beli..tu time belajar nak beli benda mahal2 atau ape yang kita nak xboleh coz banyak pakai duit utk beli buku..bila dah keje ni lagi kuat kehendak seseorang..tambahan pulak  first time pegang duit banyak2 note rm100 banyak keping pula tu..isk2...duit2..ohh duit..so kat mana pulak saving untuk masa depan, untuk keperluan kawen dan umah tangga,,anak nak masuk and macam-macam lagi lah.

 
so step pertama yang aku buat ialah cari bahan @ pengetahuan tentang cara nak uruskan duit yang banyak2 tu terutama bila dapat duit gaji... macam mana korang nak tambah pengetahuan tentang duit tu senang jek..sue boleh cari kat internet sekarang..atau yang suka hard copy boleh beli buku2 kewangan dari beberapa penulis favorite yang aku paling minat ni Sunthara Segar dan Azizi Ali dan lain..kat bawah ni saya kongsi kan beberapa step untuk urus wang based dari bacaan saya..

7 langkah urus kewangan:

1) Tentukan kedudukan kewangan sekarang. iaitu sama ada nilai aset  bersih atau aliran tunai bersih (duit).  tak kira lah positif@negatif  asalkan kita tahu aset n aliran tunai kita ekarang..Positif bila Aset tolak liabiliti, Pendapatan tolak perbelanjaan...

2) Tetapkan matlamat kewangan sendiri lah..contohnyer nk setelkan hutang kad kredit ker..simpan duit tabung pendidikan anak sampai umar 17 tahun..modal perniagaan and so on..

3) Sediakan rancangan tujuan.sama ada pelan yang dirancang tu dapat mencapai matlamat kat step no 2 tak..pelan mestilah fleksibel, mudah cair (tabung bank untuk 3-6 bulan perbelanjaan harian) dan bijak cukai (minimumkan kos cukai).

4)Belajar Simpan rekod sendiri. rekod yang dimaksudkan seperti penyata pendapatan, penyata perbelanjaan dan penyata aliran tunai. rekod ni boleh tolong kita buat rujukan barang2 yang nak dibeli@ telah dibeli.kemana duit kita hilang boleh rujuk pada rekod yang ditulis tu.heheh so korang kena kumpul semua resit n bil2 yang ada simpan dalam sampul pun ok..buat fail jangka pendek, janka panjang..

5) Sediakan belanjawan..jarang orang buat belanjawan sebab malas nak tulis and agak leceh jek tapi sebenarnyer belanjawan tu sangatlah penti..belanjawan boleh tolong kita sebagai rujukan untuk kita buat Perancangan perbelanjaan. mesti korang dah sevey kat mana mana kedai yang jual barang paling murah kan..so rekod lah harga barang2..kalu nak senang tulis sekali dengan nama2 tempat atau kedai yang jual barang harga paling murah contoh kedai ! Malaysia..

6) Urus hutang-piutang. hutang lah benda yang paling banyak kita pikul sekarang ni..nak beli barang pun suka sangat kita berhutang walaupun benda kecil..aku pun sama..tapi alhamdulillah setakat ni tak da lagi pikul hutan2 besar cam pinjaman loan..Amin..Hutang ni ada macam2..hutang along, hutang bank, hutang Amanah, hutang baik, hutang buruk..bla2 bla2..hutang baik seperti pinjaman pelajaran, rumah dan perniagaan..hutang buruk macam pinjaman untuk barang yang mudah susut nilainya ikut masa.

7) Memantau prestasi kewangan sendiri sama ada ikut ape yang dirancang atau tidak..pendapatan melebihi perbelanjaan atau tidak..positif atau negatif..Adakah wawasan kewangan berubah disebabkan beberapa faktor seperti:
Perkahwinan, Anak, Kematian, penceraian, Oku, Keadaan Kesihatan, Pusaka, Persaraan,Berhenti@tukar kerja..

Hope apa yang aku tulis ni dapat di kongsi dengan sesape yang membaca lah..selamat mencuba untuk masa depn yang lebih cerah dan terjamin.. :) (**)

first time di sarawak..Engkilili


Assalamualaikum and good morning guys.. hari ini dah segenap 1 tahun 4 bulan 3 hari aku berada di Bumi BorNeo Sarawak..lepas jek dapat surat tawaran tempat kerja di Engkilili, Lubok Antu aku dienarkan untuk menginap di kuaters guru yang seperti rumah kampung jek...Mula-mula fikir pasal kuaters guru ni aku dah bajet mesti bangunan tinggi and macam kat semanjung tu..tapi sume tu jauh berbeza lah..hahahha... dengan berkat bantuan daripada Guru PK1 aku and beberapa guru and staf lain..diorang pun tolong angkut barang2 beg2 aku yang mengalah lori 10 kontena tu...hahahah 
Eiii xsabarnyer nak tengok kawasan sekolah..sampai jek kat satu tempat..aku tengok banyak kereta parking kat tepi tu yang seberang sungai..Aik ada jambatan..uisk xkan nak angkut barang dengan berjalan kaki kot...huhuhuh penat ni..dah lapar dgn perut kosong tak makan pape lagi nih..tup2 mai la 3 bijik motor...prem prem...prem...oooo boleh pakai motor gak kat sini..hmmm...Mak Oiii kena nek jambatan atau kita panggil titi gantung...hhuu gayatlah aku camni..aku pun nek lah motor salah sorang guru lelaki yang bakal menjadi rakan sekerja aku nanti...jeng3..naik tu tak da touch n go k..


zooo...zoooommm..premm..perrmm.preeemmm...bunyi motor..triiiit..brek berbunyi..nek titi, turun titi,jalan bengkang-bengkok pulak lintas kawasan rumah orang iban..jalan plak time tu banyak yang berlubang2...wah banyaknyer sayur keliling umah diorang siap tanam sayur kangkung lagi kat tepi jalan...pokok limau nipis..jagung...pastu sampai plak kawasan bendang@sawah padi..adoiiii cantiknyer..fresh pulak udara kat sini xda pencemaran pun..aik kena lintas bendang lagi pakai ape ek?jeng2 kena nek titi kayu pulak...prap..prap.prap..kut..kut..bunyi papan yang dipijak..hahaha pastu nampak kawasan hutan penuh dengan pokok getah..ni dah macam nak masuk kawasan pokok getah cam mak aku dok motong ni..hehehe la kawasan tanah merah n berbukit pulak..motor tukar gear 2 n terus nek bukit tu...ekk..ekk.pret..prettt...isk ang tak lepas nek bukit ni ka?boleh bwa tak ni?tanya aku pada kawan baru aku tu Rizal..oh ok jek...take time jap..fuh nasib bek lepas gak nek bukit ingat dah berat sangat bontot aku ni...hahaha


hah dah sampai pun sekolah..aku nampak papan tulis 'Selamat datang ke SK Merbong'..isk ni ke sekolah aku?macam dok dalam hutan jek..sunyi sepi..memang ni lah sekolah baru aku...pastu aku pun blah angkut beg2 baju aku yg entah bape kilo entah pi kuaters...sampai jek depan 1 rumah..kawan aku ketuk pintu salah sebuah pintu yang ada kat situ..coz kat situ ada 2 pintu..tup tup muncul sorang perempuan..kulit putih, free hair and pakai seluar pendek jek..ooo anak cina rupanye..panggil jek aku Lisa..aik nama cam melayu..aku pun fikir maybe nama jek cam melayu..masuk jek rumah aku tengok ada stiker2 tulisan Allah Muhammad..la anak orang islam rupanyer..ingatkan anak cina tadi...heheheh
                                                                                                        kat bawah tu aku dgn lisa bergambar kat pondok menunggu..nampak tak kat belakang kitaorang ada titi gantung tu..                                                                     

Friday, March 30, 2012

PETUA KECANTIKAN WAJAH

Caranya adalah seperti berikut:

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI

Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR

Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

juz fort dis moment