Showing posts with label tudung labuh. Show all posts
Showing posts with label tudung labuh. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

PeNgaLAmAn InDaH di BuLaN RaMadhan

Alhamdulillah bersyukur sangat2 dengan pemberian dan nikamta yang Allah berikan. Beruntunglah orang yang mendapat hidayah Allah dan petunjukNya. Betapa aku berasa sangat beruntung kerana Allah masih sayang dan memelihara diriku yang hina ini daripada melakukan kejahatan dan kerosakan di muka bumi ini.. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan sepanjang bulan Ramadan ini ialah CANTIK DAN NIKMATNYA BERTUDUNG LABUH.. Mungkin bagi orang lain ia hanya biasa2 sahaja tapi ia merupakan satu pengalaman manis untuk diriku.

Pengalaman pertama, semasa aku dalam shoping mall untuk membeli beg besar (bagagi/beg roda) coz beg roda lama aku dah rosak kat 1 kedai tu..tiba2 kak yang jadi promoter tu tanya soalan yang tak pernah terlintas difikiran aku..jeng..jeng nak tau x apa dia?hehhe dia bertanya " Akak beli beg besar ni nak gi umrah ke".,.. Masya Allah terkejut aku dengar dalam hati berdoa agar impian tu menjadi kenyataan..So aku senyum je lah..tak tau nak jawab apa..heheh

pengalaman Kedua, time nak amik n sewa teksi kat airport.. aku kena tanya solan cepu emas oleh seorang pak cik drebar tu.. Adik, baru balik dari Mekah ke? Ya Allah..aku tergaman dan dalam hati berfikir..soalan yang sama ditanya pada masa yang berbeza.. Adakah ini hikamh untuk aku di Bulan Ramadan ini?..Besar sungguh kuasa Allah... Dalam hati aku pun berfikir..Adakah orang judge aku based on my clothes?bertudung labuh, dan menutup syariat..Diri rasa yakin dan bertambah bahagia yang tak mungkin orang lain nampak..Dalam masa yang sama hati makin kuat untuk pergi ke mekah..untuk menunaikan umrah jika  berkesempatan dengan izinAllah.. Amin..

Monday, June 18, 2012

first time bertudung labuh

Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku.. Kenapa aku cakap camtu? coz aku masih lagi diberi Hidayah dan kesedaran untuk memahami lebih mendalam tentang Aurat.. Suatu ketika dulu aku adalah seorang yang sangat suka berfesyen tapi xdalah over fesyen tapi suka lah mencuba macam2 jenis baju yang ikut fesyen sekarang ni.. tapi suatu hari dalam bulan Mei 2012 sebelum aku start cuti sekolah hati aku tak tenang.. kenapa yek? hati aku makin kuat nak memakai tudung labuh ( walaupun niat tu dah ada start blejar u lagi). So aku pun wat la sikit serach tentang tudung labuh n buat solat sunat serta berdoa adakah aku ready utk melakukan perubahan ini.. So step pertama sebelum aku cuti sekolah aku pun kuar gi keje dengan pakai stoking n sarung lengan.. baju pun dah pilih baju kurung yang longgar2 jek.. (kenalah campak baju2 kurung moden yg seksi2 kat tepi)..
pastu aku pun gi lah sekolah..masuk jek kelas ada sorang anak murid aku tanya aku..
' Cikgu, kenapa cikgu pakai stoking hari ni?'.. jeng jeng ape aku nak jawab ni.. So aku jawablah. Cikgu tak nak bagi kaki kotor.. hehehe almaklumlah anak2 murid aku semua Iban kristian.. so kalu aku citer bab agama pun bukan diorang faham pun..so better  bagi reason yg diorang boleh terima..
 Pastu start cuti sekolah, aku balik kampung and mula merisik2 n bertanya pendapat mak n kawan2 aku yang bertudung labuh  tentang niat aku nak berhijrah ke arah yang lebih baik tu.. Alhamdulillah diorang sokong aku n diorang suruh aku mula dari step by step.. Disebabkan dulu aku pernah bertudung labuh time sekolah menengah agama.. so aku dah tahu tahap keselesaan n kesesuaian pemakaian aku yang macamana.. So aku mula dengan perbaiki solat aku bagi cukup 5 waktu setiap hari.. kalau terlambat@habis waktu aku segera wat qado.. pastu aku cuba baca tafsir Al-Quran sikit2.. then berniat fikir positif dan berbaik sangka kat orang lain.. time cuti kat rumah aku pun gi pekan dan beli beberapa helai baju n barang2 yang sesuai utk menutup aurat aku ni.. Aku pun beli 4 helai tudung labuh. Nape tak beli bawal saiz labuh jek?tanya penjual kat kedai tu.. aku jawablah malas dah nak pakai lilit2 n pin2.. nanti susah plak nak belek bg sesuai dgn bentuk muka coz aku ni jenis cerewet sikit bab pakai tudung..mesti nak nampak selesa n cantik kan.. So Malam tu aku tunjuk kat mak aku n dia pun senyum suka lah anak dara yang buas ni dah nak berubah jadi lebih sopan..(mak aku xsuka tengok aku pakai seksi2 n baju ketat2) hahhaha
Alhamdulillah berkat doa mak n abah aku berubah gak.. Hari pertama start sekolah Bulan jun aku dengan langkah kanan n Bismillahirahmanirrahim pun aku mula pakai tudung labuh.. dalam hati berdebar debar gak mesti cikgu-cikgu kat sekolah aku terkejut giler..
memang diornag terkejut pun.. Ingatkan ada ustazah baru rupa2nya aku.. heheh macam2 lah diorang panggil aku bertitle "Ustazah". aku senyum je lah coz benda tu tak menyakitkan hati aku bahkan makin bersyukur itu sebagi satu doa yang baik utk masa depan akan datang.. Insya Allah..

masih aku ingat dalam satu ayat quran.. beruntunglah orang mendapat hidayah Allah dan rugilah orang yang tidak mendapat hidayahnya. pastu apabila kamu sudah mendapat hidayah janganlah kamu mensia siakannya.. belum tentu kita akan mendapat peluang untuk mendapat hidayah yang seterusnya.
Surah An Nur ayat 30-32 ada terang pasal aurat perempuan dan lelaki... yang penting jagalah pandanganmu dan kemaluanmu.. Selamat beramal..