Tuesday, December 10, 2013

Padanya Ada Hikmah

Syukur alhamdulillah.. hari2 ku semakin tenang, bahagia dan lapang.. seharusnya kita sebagai hamba Allah yang kerdil perlu sentiasa berdoa agar diberikan hati yang ikhlas untuk berdoa kepadaNya. Beberapa hari yang lepas, akal ini mula berfikir tentang setiap kejadian yan berlaku pada diri ini dan juga setiap peristiwa yang berlaku di sekelilingku. Segala Puji bagi Allah yang masih menyayangi diri ini dengan memberikan nasihat dan hidayah menerusi akal fikiran yang sentiasa mencari jawapan keatas kejadian yang berlaku. Dalam kesibukan gadis-gadis lain mencari pasangan dan teman-teman rapat mendirikan rumah tangga, Allah belum lagi mengizinkan aku untuk mendirikan rumah tangga pada masa ini kerana kini baru ku sedari bahawa banyak lagi perkara yang perlu dipelajari... Seandainya seseorang itu tidak ditakdirkan sebagai jodohku ia kerana orang lain lebih memerlukan jodoh tersebut. Mungkin aku mampu lagi menimba ilmu dan mengubah diri menjadi lebih baik dengan bantuan diri sendiri dan izin Allah. Berusaha mengubah diri menjadi lebih baik tanpa paksa@ sebab dari seseorang adalah lebih terasa nikmatnya dan merasa lebih kepuasan pada diri. diri menjadi lebih yakin untuk memandang setiap kejadian yang berlaku dengan minda yang positif. Akiatnya hidup menjadi lebih bermakna tanpa tekanan, tidak mudah sakit, yakin dengan ibadat yang dilakukan dan bertambah pengetahuan tentang kekurangan diri yang perlu diperbaiki.

Antara hikmah yang dapat diperolehi ialah
1) jika sebelum ini diri tak yakin nak melakukan solat istikoroh, solat sunat taubat dan solat tahajud tetapi sekrang Alhamdulillah hati dah bertambah yakin hendak ut solat sunat tersebut. Hati menjadi khusyuk je. kesilapan yang hendak dilakukan pun kurang.

2) Hati mudah menjadi lebih peka dengan perbuatan@perkataan yang tidak baik. contohnya kalau sebelum ini selalu bermesej@ berchatting tanpa faedah sekarang sudah dapat mengurangkan aktiviti tersebut dengan mengisi masa mendengar DVD ceramah agama dan membaca buku motivasi yang dapat mengingatkan kita ketika lupa.

3) yakin hutang yang dipinjam oleh orang lain maybe akan dibayar suatu hari nanti @ harta tersebut bukan milik kita @ Allah akan mengizinkan hutang tersebut dibayar di saat ketika kita lebih memerlukan samaada pada zaman kita muda, tua @ zaman anak cucu icit serta keturunan kita nanti.

4) yakin dengan jodoh yang Allah akan berikan suatu hari nanti adalah berdasarkan siapa diri kita sekarang. Kalau kita berusaha berubah diri menjadi baik InsyaAllah, Allah akan beri jodoh yang baik untuk kita. kalau kita tak berkesempatan mendirikan rumah tangga atau bertemu jodoh. yakinlah bahawa jodoh kita sudah menunggu dan tersedia di Syurga di sana nanti.

Saturday, December 29, 2012

Tip Azam Baru 2013

Assalamualaikum..tinggal 1 hari lagi nak masuk tahun baru 2013..Maka azam baru sentiasa ada dalam list..tapi azam tahun lepas wat ke tak?hehehhe tepuk dada tanya diri sendiri. Kita sebagai manusia sentiasa perlukan motivasi baru untuk menjadi lebih semangat. Jangan dibiarkan masa silam dan kesilapan yang pernah dilakukan berulang kembali..Sempena Azam 2013 tanamkan sikap bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang kita senaraikan untuk dilakukan tahun..Azam tak perlu terlalu banyak yang perlu dilakukan.cukuplah sekadar 2@3 list aja untuk setahun..bila dah tercapai sesuatu matlamat baru kita upgrade n tambah matlamat baru..kalu tulis matlamat banyak2 sangat mesti banyak benda yang nak kita lakukan n perlu kita fokus..bila matlamat tu tak tercapai semangat kita akan berkurangan..Jadi buat ikut kemampuan kita..jangan terlalu terburu-buru nanti matlamat tak tercapai dan tak berkualiti. Contohnya, kita berazam nak memperbaiki solat. jadi untuk mendapatkan solat yang berkualiti kita perlu berusaha melakukan solat dengan sebaiknya. ramai manusia dapat melakukan solat 5 kali sehari tapi adakah solat yang dilakukan berkualiti?Apa maksud kualiti tu?maksudnya solat dilakukan dengan cara betul, ada tokmaninahnya, betul sebutan ayat yang dibaca, dan faham apa maksud setiap ayat yang dilafazkan dalam pergerakan. Jadi kita berusaha mengenalpasti apa kelemahan yang terdapat dalam solat harian kita itu? Sama ada solat tak cukup 5 waktu sehari, solat tak ada tokmaninah, solat tak khusyuk, solat secara terpaksa, solat untuk menunjuk2. Nampak senang untuk diucapkan tetapi susah nak dilakukan..tak perlu terburu-buru, lakukan sebaik dan semampu yang kita boleh lakukan dan jangan lupa BERDOA dan Allah sentiasa memakbul doa hambanya. Allah tahu apa yang hambanya NIAT kan ..jadi usah ragu-ragu dengan pertolongan Allah. Jangan Malu untuk meminta pertolongan dari Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..Subhanaallah.


Saturday, September 8, 2012

PeNgaLAmAn InDaH di BuLaN RaMadhan

Alhamdulillah bersyukur sangat2 dengan pemberian dan nikamta yang Allah berikan. Beruntunglah orang yang mendapat hidayah Allah dan petunjukNya. Betapa aku berasa sangat beruntung kerana Allah masih sayang dan memelihara diriku yang hina ini daripada melakukan kejahatan dan kerosakan di muka bumi ini.. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan sepanjang bulan Ramadan ini ialah CANTIK DAN NIKMATNYA BERTUDUNG LABUH.. Mungkin bagi orang lain ia hanya biasa2 sahaja tapi ia merupakan satu pengalaman manis untuk diriku.

Pengalaman pertama, semasa aku dalam shoping mall untuk membeli beg besar (bagagi/beg roda) coz beg roda lama aku dah rosak kat 1 kedai tu..tiba2 kak yang jadi promoter tu tanya soalan yang tak pernah terlintas difikiran aku..jeng..jeng nak tau x apa dia?hehhe dia bertanya " Akak beli beg besar ni nak gi umrah ke".,.. Masya Allah terkejut aku dengar dalam hati berdoa agar impian tu menjadi kenyataan..So aku senyum je lah..tak tau nak jawab apa..heheh

pengalaman Kedua, time nak amik n sewa teksi kat airport.. aku kena tanya solan cepu emas oleh seorang pak cik drebar tu.. Adik, baru balik dari Mekah ke? Ya Allah..aku tergaman dan dalam hati berfikir..soalan yang sama ditanya pada masa yang berbeza.. Adakah ini hikamh untuk aku di Bulan Ramadan ini?..Besar sungguh kuasa Allah... Dalam hati aku pun berfikir..Adakah orang judge aku based on my clothes?bertudung labuh, dan menutup syariat..Diri rasa yakin dan bertambah bahagia yang tak mungkin orang lain nampak..Dalam masa yang sama hati makin kuat untuk pergi ke mekah..untuk menunaikan umrah jika  berkesempatan dengan izinAllah.. Amin..

Sunday, August 12, 2012

sifat Sabar

aku baru je lepas baca novel 'Cinta Multazam'..moral dari novel ini yang aku dapat serba sikit ialah sifat Sabar..banyak benda yang dapat kita perolehi bila diri dapat menguasai sikap sabar.. itulah juga sikap yang perlu aku terap dalam diri aku coz aku ni seorang yang xbanyak sabar walaupun ada kawan cakap aku ni penyabar tapi realitinya aku tahu tahap ketidaksabaran aku ditahap mana.. so atas nasihat salah seorang kawan baik aku..maka aku juga untuk belajar bersabar..sabar dengan dugaan, ujian dan paling utama sekali sabar mengawal hawa nafsu dan emosi diri sendiri..Alhamdulillah banyak ujian yang menimpa diri aku..selalu aku menyalahkan orang lain sebab diorang yang menjadi punca aku jadi teruk@ berbuat jahat..kenapa aku tak salahkan diri sendiri?huhuhu itulah kurangnya orang yang cetek ilmu dan tak dapat kawal emosi marah dan nafsu dan tidak ada sikap sabar. Ambil masa juga untuk aku menenangkan diri aku.. walaupun aku ni seorang yang kurang ilmu aku suka hilangkan stress dengan baca buku yang aku suka.. waktu zaman kecik2x dulu, kalau tension aku suka baca komik kartun yang tak da beri faedah atau nilai murni utk kita amil iktibar. sebab apa aku pilih komik?coz komik ni menghiburkan n citer dia syok n xstress kepala kita tapi komik kurang selit unsur nilai murni kecuali kita baca komik yang berunsur islamik. So sekarang aku ubah cara, dari baca komik aku tukar jadi baca buku agama ilmiah..kebanyakkannya tentang hal wanita..Alhamdulillah.. lama2x sikap aku dah boleh berubah menjadi positif..dah ada sikap sabar dalam diri aku..mula dari sikit walaupun tak sepenuhnya sabar..tapi bila diri dapat kawal nafsu n ada sikap sabar kita dah tak mudah marah atau menyalahkan orang lain... Segala dosa dan kejahatan dulu yang pernah aku lakukan juga mengajar aku menjadi seorang muslimah yang lebih baik sekarang ini.. Setiap kali akubuat jahat aku akan cari penyelesaian untuk menjadi ebih baik daripada apa yang orang kata kat aku...daripada seorang yang seksi menjadi seorang yang menutup aurat,,..daripada seorang yang panas baran bertukar jadi penyabar..daripada seorang yang sosial menjadi seorang yang pemalu..daripada seorang yang degil emnjadi seorang yang mendengar kata..huhuhu banyak lagi sikap buruk nak kena aku perbaiki..Masya Allah..Allah itu Maha Kuasa.. Setiap dugaan yang Allah bagi ni untuk menguji hati dan keimanan kita..hati yang lupa pada Allah pasti akan memiih jalan penyelesaian yang salah..Bila hati sentiasa ingat dan dekat pada Allah..Insya Allah dia sentiasa ada di sisi kita bila kita perlu...luahkan lah masalah pada tempat yang betul yang sentiasa benar dan dapat mendidik kita dan meningkatkan iman kita kepada Allah..So sikap sabar juga yang mengajar aku menjadi muslimah solehah yang lebih baik dari masa lalu.. kalau aku tak sabar dah lama aku jadi manusia yang lebih teruk dan memberi kesan buruk dan aku akan menyesal seumur hidup.. Syukur kepada Allah..aku dikelilingi dengan family yang sentiasa mendoakan keimanan diri aku walaupun aku dah cukup dewasa..napa aku cakap camtu?coz aku pernah tengok keadaan family salah seorang kawan aku..family dah tak ambil kisah hal anak-anak lagi..tiada lagi pesanan2x tentang islam. menutup aurat..aak-anak dibiarkan sosial sesuka hati..dulu aku buat tak tahu je mak abah aku membebel apa yang aku nak buat tapi sekarang aku sangat kisah kalu mak abah aku dah tak membebel coz nasihat diorang yang membebel itulah sentiasa terbenam dalam otak aku dan menunjukkan mereka sayang kat aku...

p/s: sori aku tak pandai tulis ayat2x sastera atau ayat2x novel..aku hanya tulis apa yang ada dalam hati aku..jadi sapa2x yang tak paham ke paham ke up  to u..heheheh

Saturday, August 11, 2012

JemPutan Kawen Kawan

Alhamdulillah...hampir2x nak cuti raya ni banyak pulak jemputan kawen yang aku dapat dari member2x aku..Amin n Alhamdulillah akhirnya seru kawen diorang dah sampai n dah sampai seru utk bertukar status menjadi Isteri Solehah, Suami soleh n Ibu dan Ayah yang Mithali..heheh aku doakan semoga member2x aku semua berbahagia dgn pasangan masing2x hingga ke syurga.. Rasa seronok plak dengar kawan-kawan nak kawen coz time kenduri ni ah dapat jumpa kawan2 lama n isi perut dgn makan free...hehehheh pasni kawan2x aku akan pikul tanggungjawab yang besar n semoga mereka dapat menghadapinya dgn tabah.. Insya Allah..Buat kawan2x ku SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE JANNAH... I LOVE U & MISS U...