Tuesday, January 13, 2009

my picture





















my picture..... cute girl.....

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG AKU...

JGN LUPA TGK VIDEO NI EK..PASTU BAGI RESPON YG MEMBINA UTK DIPERBAIKI LAGI.......

SELAMAT MENONTON!!!

video best aku....try la tgk...hehehe

kat bwh pulak aku sediakan hp...






















RANCANGAN PELAJARAN

Kelas : Anggerik
Tarikh: 08/08/2008
Masa : 09.00 – 09.30 pagi
Bilangan Pelajar: 20 orang
Komponen : Bahasa dan Komunikasi Bahasa Melayu
Tema: Haiwan
Subtema : Haiwan peliharaan
Kemahiran : 1.1.5 Mendengar dan memberi gerakbalas terhadap
a. Cerita
b. Perbualan
Hasil pembelajaran: Pada akhir pelajaran kanak-kanak dapat :
a. Melihat dan meneka jenis haiwan tersebut.
b. Menceritakan semula cerita yang dilihat dan didengar.
c. Mengeja dan membaca perkataan yang mudah.
d. Menghasilkan sebuah origami dari bahan yang disediakan mengikut kumpulan.

Pengetahuan Sedia Ada : i) Kanak-kanak pernah melihat dan mengetahui jenis haiwan tersebut.
Kemahiran Berfikir (KB) : Menjana idea, membanding beza
Penerapan Nilai : bekerjasama, bertanggungjawab dan berkongsi alat
Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) : Gambar arnab, video, gunting, kertas, surat khabar, iklan jualan dan gam.
Komponen integrasi : Fizikal, Sosioemosi, Kreativiti dan Estetika, Kerohanian dan Pendidikan Islam, Kognitif.


Set induksi
( 2 minit )
ISI PELAJARAN


Soalan :
1. Pernahkan kamu melihat haiwan ini?
2. Apakah haiwan ini?
3. Apakah haiwan lain yang terdapat di rumah kamu selain gambar tersebut?

AKTIVITI GURU
- Guru meminta kanak-kanak berkumpul dan duduk di ruang perbualan pagi menghadap guru ( circle time).
- Guru menunjukkan gambar haiwan kepada kanak-kanak.
- Guru menyuruh kanak-kanak meneka gambar haiwan tersebut.
- Guru bertanya jenis haiwan peliharaan yang selalu ada di rumah.

AKTIVITI MURID
- Kanak-kanak berkumpul dan duduk menghadap guru.
- Kanak-kanak meneka dan menjawab soalan guru.

Langkah 1 ( 12 minit )

ISI PELAJARAN

1. Apakah haiwan ini?
2. Apakah nama arnab tersebut?
3. Apakah yang dilakukan oleh Hopper?
4. Dimanakah Hopper tinggal?
5. Berapa bilanga arnab yang kamu lihat?

AKTIVITI GURU

- Guru menunjukkan rakaman video kepada kanak-kanak.
- Guru menyuruh kanak-kanak melihat video tersebut.
- Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak sambil melihat video tersebut.

AKTIVITI MURID

- Kanak-kanak melihat rakaman video tersebut.
- Kanak-kanak menjawab beberapa soalan guru.

Langkah 2
( 6 minit )

AKTIVITI GURU

- Guru menunjukkan beberapa perkataan dengan menggunakan slideshow.
· ARNAB
· PUTIH
· HOPPER
- Guru menyuruh kanak-kanak mengeja dan membaca perkataan tersebut.
- Guru memanggil beberapa orang kanak-kanak untuk mengeja dan membaca perkataan tersebut.

AKTIVITI MURID
- Beberapa kanak-kanak mengeja dan membaca perkataan tersebut.
- Sementara kanak-kanak lain mendengar rakan mereka mengeja dan membaca perkataan.


Langkah 3
( 8 minit )

AKTIVITI GURU
- Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan.
- Guru menyuruh kanak-kanak duduk mengikut kumpulan.
- Guru memberikan kepada setiap kumpulan bahan-bahan.
- Guru menyuruh kanak-kanak menggunting gambar arnab dan menampalnya di kertas kosong.
- Guru menyuruh kanak-kanak menggunting huruf-huruf dari surat khabar dan menampalnya untuk mengeja perkataan yang dipelajari pada hari tersebut di atas kertas yang diberikan.
- Guru mengumpulkan hasil kerja kanak-kanak.

AKTIVITI MURID
- Kanak-kanak duduk mengikut kumpulan.
- Setiap kumpulan memperolehi bahan-bahan.
- Kanak-kanak menggunting gambar arnab dan menampalnya di atas kertas kosong.
- Kanak-kanak mengunting beberapa huruf, menampal dan membentuk beberapa perkataan mudah.

Penutup
( 2 minit )

ISI PELAJARAN

1. Apakah haiwan yang kamu pelajari pada hari ini?
2. Bagaimana cara kita hendak berbuat baik kepada haiwan lain?

AKTIVITI GURU
- Guru mempamerkan hasil kerja kanak-kanak.
- Guru membuat rumusan dengan bertanya soalan dan mengingatkan kanak-kanak supaya berbuat baik kepada haiwan lain.

AKTIVITI MURID
- Kanak-kanak menjawab soalan guru.

Wednesday, January 7, 2009



comel tak anak ku ni...hhehehehehe