Saturday, December 29, 2012

Tip Azam Baru 2013

Assalamualaikum..tinggal 1 hari lagi nak masuk tahun baru 2013..Maka azam baru sentiasa ada dalam list..tapi azam tahun lepas wat ke tak?hehehhe tepuk dada tanya diri sendiri. Kita sebagai manusia sentiasa perlukan motivasi baru untuk menjadi lebih semangat. Jangan dibiarkan masa silam dan kesilapan yang pernah dilakukan berulang kembali..Sempena Azam 2013 tanamkan sikap bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang kita senaraikan untuk dilakukan tahun..Azam tak perlu terlalu banyak yang perlu dilakukan.cukuplah sekadar 2@3 list aja untuk setahun..bila dah tercapai sesuatu matlamat baru kita upgrade n tambah matlamat baru..kalu tulis matlamat banyak2 sangat mesti banyak benda yang nak kita lakukan n perlu kita fokus..bila matlamat tu tak tercapai semangat kita akan berkurangan..Jadi buat ikut kemampuan kita..jangan terlalu terburu-buru nanti matlamat tak tercapai dan tak berkualiti. Contohnya, kita berazam nak memperbaiki solat. jadi untuk mendapatkan solat yang berkualiti kita perlu berusaha melakukan solat dengan sebaiknya. ramai manusia dapat melakukan solat 5 kali sehari tapi adakah solat yang dilakukan berkualiti?Apa maksud kualiti tu?maksudnya solat dilakukan dengan cara betul, ada tokmaninahnya, betul sebutan ayat yang dibaca, dan faham apa maksud setiap ayat yang dilafazkan dalam pergerakan. Jadi kita berusaha mengenalpasti apa kelemahan yang terdapat dalam solat harian kita itu? Sama ada solat tak cukup 5 waktu sehari, solat tak ada tokmaninah, solat tak khusyuk, solat secara terpaksa, solat untuk menunjuk2. Nampak senang untuk diucapkan tetapi susah nak dilakukan..tak perlu terburu-buru, lakukan sebaik dan semampu yang kita boleh lakukan dan jangan lupa BERDOA dan Allah sentiasa memakbul doa hambanya. Allah tahu apa yang hambanya NIAT kan ..jadi usah ragu-ragu dengan pertolongan Allah. Jangan Malu untuk meminta pertolongan dari Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..Subhanaallah.