Saturday, April 7, 2012

Semalam ada seseorang beri nasihat kat aku..Dia cakap kita perlu berubah jadi lebih baik..soalan yang selalu orang tanya "kenapa aku lambat kawen ek?". Dia cakap sebab dosa-dosa lama kita masih lagi mengekori kita dan kita belum cukup memperbaiki diri menjadi lebih baik.kadang-kadang dalam sesuatu perhubungan sama ada berkasih atau berkawan, kita selalu mengucapkan kata-kata yang negatif atau berprasangka buruk kat orang lain. setiap perkataan yang diucapkan ibarat doa. jika kita mengucapkan kata-kata negatif yang tidak sepatutnya maka apa yang kita ucap itu mungkin menjadi doa yang akan berlaku pada diri sendiri. Dia juga cakap setiap manusia ada kesilapan dan tidak pernah sempurna, jadi jangan cuba mencari masalah, menambah masalah. coz itu yang akan membuatkan kita lebih cepat stress. Dia juga pesan nak jadi yang terbaik kita kena berusaha ubah diri kita dulu, jangan masuk campur hal orang, berkawan elok-elok, jaga wuduk lima kali sehari, jaga solat 5 waktu, rajinkan diri membaca quran, elakkan bersosial yang boleh melekakan taat kepada ibu bapa, tidak bercakap bohong. Sangat mudah untuk diucapkan tetapi amat sukar untuk dilakukan. Bila dah jadi perempuan ni, kenalah jaga maruah diri.jangan mudah tergoda and mudah percaya kepada lelaki. jangan disebabkan hidup bosan, stress and tertekan kita boleh sesuka hati keluar enjoy dengan mana-mana lelaki, ke hulu ke hilir. Seorang perempuan yang baik tahu bagaimana cara nak menjaga maruah diri dan tahu batas-batas setip perlakuannya. walaupun tidak mempunyai rupa paras yang menarik tetapi semua orang yang berada di sekelilinginya amat menyenangi dan menyukainya. Boleh ke Aku jadi perempuan yang ada ciri-ciri macam ini? Begitu banyak kekurangan diri aku berbanding ciri-ciri seorang permpuan yang baik itu..

No comments:

Post a Comment