Friday, February 17, 2012

TeKnIk sOleKaN


Muka

1. Cukur bulu kening menggunakan pisau khas/gunting.
2. Cuci keseluruhan muka dengan menggunakan tisu basah (wet tissue).
3. Sapukan skin base jenama Mac ‘Prep &Prime’ secara rata menggunakan jari atau span. Sapuan ini dapat menahan muka daripada berpeluh dan mengecilkan pori-pori muka. Skin base ini sesuai digunakan untuk muka jenis berminyak dan tidak berminyak.
4. Sapukan Conceler Krayolan Ivory di bawah lingkaran mata, atas batang hidung dan dagu untuk cover kulit gelap.
v Conceler 1 W- kulit cerah
v Conceler 3 W- kulit gelap
v Foundation Krayolan 092- berwarna hijau sesuai utk cover muka berjerawat dan berlubang.
5. Sapukan foundation Supra Krayolan SF35@SF38 bermula dari arah atas ubun rambut turun ke arah dagu. Sapu keseluruh muka menggunakan span ∆ tanpa perlu basahkan dengan air.
v Foundation Supra 4@5@45- utk kulit gelap.
v Liquid foundation-kulit berminyak
6. Tekapkan Derma Color 4 dengan rata ke muka, jangan sapu secara menarik2.(derma color no5-kulit gelap).
· Penggunaan bedak kompet boleh menyebabkan solekan merekah dan tidak cantik.
7. Sapukan bedak Mac ‘Mineral Light@Medium’ di bawah mata menggunakan span ∆ @ span biasa untuk menghilangkan garisan hitam di bawah mata.
8. Sapu Medium Color Mineralize ke seluruh muka utk menahan muka dari berpeluh menggunakan berus Mac no 227.
· Medium plus Mineralize-kulit gelap
Mata
1. Sapukan Loose powder ‘Mac color NC30’ ke seluruh muka utk menjadikan kulit lebih gebu. Kemudian taburkan loose powder dalam kuantiti yang banyak di bawah mata untuk mengelakkan kekotoran ketika memakai eyeshadow dan mascara.
2. Sapu Cream eyeshadow base ‘Luna’ di atas kelopak mata dgn menggunakan jari.
3. Sapukan eyeshadow Mac color Plum Dressing/ Coklat di atas kelopak mata menggunakan berus no 230.
4. Sapukan Shumera Blue color di 1/3 atas kelopak mata.
5. Sapukan eyeshadow Brown color dgn cara blending eyeshadow tersebut di atas eyeshadow Plum utk hasil tulang mata menggunakan ‘brush blending’ secara pusaran bulat/pusing bulat2.
6. Sapukan ‘black karbon’ utk hasilkan ‘V’ shape di hujung mata menggunakan brush angle no 210 (bulat). Kemudian blend eyeshadow hitam itu.
7. Sapu eyeshadow color di bwh bulu mata bwh menggunakan berus halus &kecil.
8. Tarik kening ke atas dgn jari kemudian letak eyeliner liquid dari tengah ke arah tepi diatas kelopak mata.
9. Sapu Missrose ‘kajal’ di bawah ‘wet place’.
· Sapu eyeliner color putih di dlm wet place(mata berair) sebelum pakai kajal hitam-sesuai utk solekan hari pernikahan @pertunangan.
10. sapu eyeshadow Plum di kwasan ‘kajal’td.
Mascara
1. Pakaikan mascara Maybeline secara zig-zag dgn mata tgk kearah bwh. Gunakan hujung berus mascara utk bulu mata bwh secara zig- zag.
2. Ukur bulu mata palsu dgn mata asal, boleh guntingkan jika bulu mata terlalu pjg. Gamkan bulu mata palsu jenama ‘Handmade’, tiup &keringkan sebentar. Lekatkan bulu mata palsu di atas kedudukan bulu mata asal bermula dari tengah ke arah tepi.
· Bulu mata palsu yg pendek utk arah di sisi hidung
· Bulu mata palsu yg pjg utk arah hujung mata (telinga).
3. Sapu mascara pada bulu mata palsu utk pastikan bulu mata palsu dgn bulu mata asl terlekat bersama.
Kening
1. Lukis kening bermula dari bulu kening bwh dulu, kemudian bulu kening atas guna pensil eyebrown coklat dan bentukkan kening yg dikehendaki.
2. Sapukan eyeshadow coklat dlm&atas bulu kening guna berus serong. (bulu kening yg tak dicukur perlu dilukis ikut bentuk yg sesuai dan cover dgn foundation).
3. Letakkan eyeshadow Mac ‘Dazzle light color’ utk highlight di bwh kening.
· Color krim@kuning sesuai dipakai
· Color putih@silver xsesuai sbb akn tlalu menonjol.
4. Sapukan mascara utk kening pada kening.maskara blh beli di kedai Salsa:
· Girl boy- kening tebal
· Beguile –kening nipis
5. Bersihan kotoran dan bedak dibwh mata mgunakan semula berus yg guna mineralize td.
Shading
1. Sapu blusher Mac ‘Harmony’ di tepi hidung utk hasilkan shading gunakan angle brush shading mula dr hujung hidung ke atas. Guna 1 warna shj.
Pipi
1. sapu ‘harmony’ blusher dr cuping telinga kearah hidung.
2. sapu blusher dr cuping telinga ke bwh pipi area dagu (gelapkan bwh rahang dagu).
3. sapu blusher utk buat ‘V’ di dagu.
4. sapu ‘Deep Dark’ atas step 1, 2,3 dan letak atas anak rambut utk kecilkan muka.
Blusher
1. sapu blusher color mac ‘mineralize blusher gentle’ guna berus no 116 atas shading step 1.
2. Sapu Mac ‘ Spring Sheen’ utk bg shining/silau ats tulang pipi/blusher.
Lip
1. Gunakan lipstick Mac ‘ Faux’ dgn berus halus,buat garisan & sapu kt bibir tgh atas dlu bru bibir tepi atas.
2. Ulang step 2 utk bibir bwh.
3. Sapu lip gloss yg sama tona color dgn warna lipstick.

LiRiK TanggAl 31 Ogos

Sudirman (Ahmad CB)

31 Ogos


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Lagu Satu Malaysia (Lagu Tema Rasmi 1Malaysia)

Berdiri teguh di bumi

Nyata pupuk semangat satu Malaysia

Sepakat rakyat didahulukan

Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat

Toleransi kaum amalan bersama

Kejayaan kita bangunkan

Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan

Tanggungjawab kita semua

Jadi teras bangsa mulia

Kita bina Satu Malaysia

Korus:

Satu Malaysia jadi pegangan

Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara

Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

--------------------------------------------

Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham

Lirik: Lokman Ghani

Penyanyi: Roy

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-satu-malaysia-lagu-tema.html#ixzz1YsnH7cGx


Sunday, February 12, 2012

BiLa SuDaH terTuLis Kau JoDoH kU

"Abang nak dengar cerita tak?" Soal Zahra, isteriku yang baru beberapa hari kunikahi. Lembut dan lunak sekali suaranya.

Ketika itu aku sedang menghadam kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iraq yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah.

Sengaja aku meneruskan bacaan. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.

"Abang, nak dengar tak cerita saya. Emm...tak pelah." Dia mencebik muka.

Itulah yang aku tunggu. Lantasku tutup kitab fiqh dan aku letakkan di atas meja kecil disisi sofa. Aku bangun melangkah dan mendekati isteriku yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan permaidani berona coklat. Aku memilih kedudukan betul-betul dihadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu. Perlahan-lahan ku hulurkan kedua tangan, dan ku pegang pipinya. Lalu ku dekatkan bibir ke wajahnya. Dia menutup mata. Kemudian... tangan nakal ku mencubit lembut hidungnya.

"Haa! haa..!" Aku pantas bangkit dan melarikan diri.

"Abang!" Zahra cukup geram dengan perbuatanku tadi. Dia terus bingkas dan mengejar-ngejar aku dibelakang.

Suasana menjadi riuh dengan suara gelak dan tawa kami. Gelagat kami seakan-anak anak kecil yang sedang bermain kejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Kalau tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami yang seperti mengalahkan mereka ini. Melihat keadaan isteri yang semakin letih, aku tidak betah untuk terus berlari. Sengaja ku beralah. Pantas sahaja dia menangkap tubuhku, lalu melancarkan serangan. Berkali-kali.

"Sayang! Abang cubit sekali je tadi," ujarku cuba membela diri sambil ketawa.

"Ah. Tak kiralah abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya." Zahra sehabis mungkin mengenakanku kembali. Habis tubuhku dicubitnya manja. Dia mengilai riang, kemenangan. Aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi, hanya mampu redha dengan kemenangan Zahra. Seraya itu, ku perhatikan tingkahnya. Suaranya. Gelak tawanya. Manja dan menawan hati. Dia benar-benar mampu mengubat hatiku, aku benar-benar gembira dan bersyukur pada Allah kerana dijodohkan dengan wanita semulia dan secantik Zahra. Terima kasih Allah!

Dalam kegembiraan dia mencubitku, dengan pantasku tangkap serangan terakhirnya. Aku pegang kedua tangannya. Zahra terdiam kaku. Aku pandang tepat ke wajahnya. Sedikit titik air terlihat dikelopak matanya. Aku sekat air mata bahagia itu dengan jari jemariku. Perlahan-lahanku kucup ubun-ubunnya, lembut dan kurangkul tubuhnya erat dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang yang dibina kerana Allah. Aku bahagia, dan ku pasti dia juga turut merasai kebahagiaan ini.

"Abang ni, sampai hati kenakan Zahra tau!" Dia pura-pura merajuk dan membulatkan matanya, walaupun begitu tetap terpancar rona-rona keceriaan disebalik rajukan yang dibuat-buat itu.

"Sekali-sekala abang nak bergurau dengan Zahra, seronok juga kan." Selorohku sambil ketawa kecil.

Aku memimpin Zahra dan membawanya ke arah kerusi yang terletak di balkoni. Daripada balkoni itu, kami dapat menikmati angin bayu yang begitu mendamaikan kerana balkoni tersebut benar-benar menghadap pantai. Aku selesa disini bersama isteriku yang tercinta. Kami masing-masing mendiamkan diri, menikmati kedinginan malam dan keindahan bulan di langit. Butir-butir bintang berkelip indah, bukti kekuasaan Yang Maha Esa. Beberapa ketika selepas itu, aku memperbetulkan kedudukan ku diatas kerusi dan merebahkan tubuh ke sandaran kerusi berlapikkan span. Zahra tanpa disuruh, menyandarkan kepalanya ke dadaku. Hati ini terasa sejuk dan tenang sekali. Alangkah indahnya nikmat Tuhan, aku dapat bermesraan dengan wanita yang halal bagiku, sudah tentu ia akan dikira sebagai ibadah. Dalam sepi aku terfikir, inilah hikmah perkahwinan yang seringku baca dalam kitab-kitab dan hadith-hadith Nabi, sesungguhnya Allah telah membuka pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala.

Lama membisu dan melayan perasaan, tiba-tiba Zahra mengungkapkan tutur yang membelah kesunyian."Pernah suatu ketika dulu, sebelum Allah menyatukan kita. Waktu itu kita sama-sama menuntut di universiti. Zahra begitu kagum dengan seorang pemuda. Zahra rasa dia adalah lelaki paling mulia di dunia. Dialah pemuda sejati yang menempatkan ibadah dan dakwah di atas segalanya. Sungguh Zahra kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaannya menyantuni orang-orang sekeliling membuatkan hati-hati yang menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang-orang sekeliling akan Allah. Tingkahnya membuatkan orang-orang merasa senang bahkan bisa tersentuh."

Aku cuma mendengar. Membiarkan Zahra meneruskan kalimah-kalimahnya.

"Zahra tidak pernah menyangka Zahra sudah jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh Zahra tidak pernah menyangka perasaan itu dan Zahra pernah berkali-kali menafikannya. Namun Zahra tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri. Zahra tewas dengan perasaan sendiri."

Kemudian Zahra terdiam. Dia memandangku dengan pandangan sayu.

Wajahku seakan berubah. Demi Allah, aku benar-benar cemburu kepada pemuda itu. Masakan dia bisa mencuri hati seorang wanita mulia. Seorang muslimah yang sangat aku sanjungi dan kagumi keperibadiannya. Malah, wanita ini sekarang telah menjadi permaisuri hidupku. Aku ingin sekali bertanya. Pelbagai persoalan muncul di fikiranku namun ku biarkan Zahra dengan bicaranya dan aku akan cuba dengar dengan saksama.

"Namun abang, Zahra masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Zahra tidak tertewas dengan pujukan syaitan yang berkali-kali mengajak Zahra menerobos ke ruang maksiat. Zahra masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk Zahra menanggalkan pakaian mulia itu. Pakaian yang dinamakan malu. Maka dengan perasaan malu yang mendalam itulah Zahra bertahan membuang segala rasa yang mungkin mengganggu hari-hari Zahra. Zahra tidak mahu terjebak ke jurang cinta seusia itu kerana Zahra telah tekadkan dalam diri bahawa hidup saya semata-mata untuk menelaah ilmu dan menjunjung perintah Allah didalam al-Quran. Cinta sebelum bernikah adalah cinta semu yang tidak harus diagung-agungkan. Lalu Zahra pendamkan rasa cinta Zahra pada pemuda itu, kerana Zahra berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melainkan dengan kudrat-Nya."

Zahra berhenti berbicara seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Perkara ini seperti terlalu serius dan penting baginya. Aku menjadi risau dan soalan demi soalan kian menjengah ke dalam fikiranku.

"Zahra berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Bulat-bulat Zahra berserah kepada Allah perihal jodoh. Kerana Zahra yakin akan bicara Allah dalam kalam-Nya:"(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."
(Surah An-Nuur:26)"

Zahra memandangku lembut. Dia pasti dapat meneka riak air mukaku. Aku cemburu Ya Allah. Mengapa perlu isteriku ini bercerita perihal pemuda lain dihadapanku. Walaupun aku kini pemiliknya yang sah namun aku tidak dapat menghalang jiwaku daripada perasaan cemburu ini. Namun Zahra masih mahu menyambung kisah nya.

"Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Jadi, Zahra berdoa tidak henti-henti moga Zahra dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki."

Tanpaku sedari Zahra mencuri pandang kearahku. Dia kini seperti menangkap perasaan di hatiku yang sedari tadi membuak-buak rasa cemburu.

"Abang cemburu?" Soalnya lembut dan manja.

"Love is never without jealousy," jawabku perlahan. Zahra berterusan membisu dan memandangku seakan mengerti masih ada bait-bait kata yang ingin aku ucapkan kepadanya.

"Bertuahnya lelaki tu. Mesti dia seorang yang hebat kan? Yelah, seorang wanita secantik dan semulia Zahra pun memuji dan mencintainya. Siapa lelaki tu sayang? Abang kenal dia?" Aku menyoal Zahra bertubi-tubi namun nadaku masih lembut walaupun hatiku bergetar ingin tahu siapa lelaki yang isteriku cintai ini.

"Abang nak tahu siapa dia?" soalnya semula kepadaku. Eh, bukankah aku yang banyak bertanya soalan kepada dia tapi dia pula yang menyoalku kembali. Aku berasa sedikit geram dalam penantian.

Dia kemudian memegang tanganku dan diciumnya dengan penuh takzim. Lalu dengan sungguh-sungguh dia berkata.

"Abang, you are the man that i loved since the first time i met you in University. Zaid! Masya-Allah, now you've already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah."

Hatiku gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Aku pandang wajahnya dalam-dalam sembari menikmati keindahan dan kecantikan wajahnya. Hatiku kini tenang. Sungguh benar sabda Nabi Muhammad SAW:

"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."
(Hadis riwayat Ibn Jabir)


"Sayang, wajahmu seindah bidadari di syurga. Abang sangat beruntung dan bangga kerana menikahi seorang isteri solehah seperti sayang" Lirihku lembut.


"Dan abang adalah lelaki terbaik yang pernah Zahra temui. Abang cinta pertama dan terakhir Zahra." Lirihnya kembali.

Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segalanya kini bersatu. Aku mencintai isteriku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan akan dikurniakan anak-anak yang soleh yang akan memakmurkan bumi Allah dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.

"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Ar-Ruum: 21)

- Artikel iluvislam.com

kemaafan seorang suami kepada isteri dicintai...

Ucapan maaf dari seorang suami kepada isteri yang sedang sakit bagi menyelamatkan perkahwinan yang hampir runtuh.



'' Abg mohon maaf kerana selama ini telah bersikap mementingkan diri sendiri. Selama perkahwinan kita ini, abg telah banyak menyakiti hati sayang dengan setiap perkataan dan perlakuan kasar abg. Abang lebih mementingkan hal kerja berbanding menjaga perasaan sayang. Abang tidak menghargai sayang selama kita bersama. untuk beberapa minggu yang lepas, Allah telah menganugerahkan Abang satu perasaan cinta yang tidak pernah abang alami selama ini kepada sayang. Dan untuk kali terakhir Abang memohon sayang memaafkan abang serta berharap sayang dapat memaafkan abang..
My wife, I don't want the rest of life without u...